Kisah sekeping murtabak
Ada apa dengan murtabak?
Sebenarnya ada satu kisah disebalik sekeping murtabak,yang terjadi kat aku. Kisah yang biasa sahaja. Cuma, sangat memberi kesan.
Satu hari, aku teman abah pergi jumpa kawan dia. Ada benda nak bincang pasal tanah kat kampung apa ntah. Tu kawan kampung dia. Datang mengejut je sebab tak ada nombor nak telefon bagitahu nak datang. They're really happy to see us. Then masuk rumah dan sembang sembang.
After several minutes,makcik tu datang depan hidangkan air. Dengan biskut biskut. Tetiba suami dia kata "eh tadi ada beli murtabak kan,hidanglah sekali" pastu dia bagitahu abah murtabak tu memang sedap bagi dia. Dia kata tadi singgah tempat ni haa makan murtabak pastu bungkus la sekali. Suddenly makcik tu kata "eh murtabak tu tertinggal dalam kereta lah". But then her husband said "pergilah amik kejap,kira rezeki diorang la ni dapat makan murtabak". Dalam hati aku "eh takpayah la susah susah,siap nak kena pergi amik kat kereta pulak"
Then dah hidang kat meja semuaa nampak murtabak. Sekeping sahaja and kecik je. Aku pun fikir "lah sekeping je,takyah susah amik pun takpe kang dia nak makan dah takde. Buat susah je huhuu". Selalu orang makan murtabak kan dia potong 4 segi,so dapat 9 keping kecil. Aku macam fikir takde effect pun makan ni kecik je. Tapi, yang aku tak boleh lupa. Masa makan tu,makan sekeping kecil tu aku dah rasa kenyang. Pastu amik lagi satu,then dah. Rasa cukup kenyang.
That time I was thinking, betapa dia insist nak bagi kita makan jugak, boleh rasa keberkatan makanan tu. Makan sikit dah kenyang,tak payah nak sediakan lunch pun untuk tetamu nak bagi dia kenyang. Asalkan, kita IKHLAS.
Bila teringat balik kalau kita di rumah (certain of us) kalau tetamu nak datang rasa susah hati, fikir nak pecah kepala apa nak bagi makan ni,apa nak hidang ni. Kadang kadang tu rasa macam tetamu ni adalah sesuatu yang menyusahkan. Walaupun sebenarnya, tetamu yang datang kerumah kita membawa rezeki kepada kita. Dan apabila tetamu tu keluar,dia membawa keluar sekali perkara buruk dari rumah kita. ( I read this somewhere,tak sure. Boleh google lagi for details)
Betapa bagusnya untuk kita menerima tetamu,dan hidangkan lah apa yang ada asalkan kita ikhlas. Boleh juga kalau risau takde apa kat rumah,then beli siap siap kat luar kordial ke jajan ke apa,asalkan kita benar benar ikhlas menerima mereka dan tidak merungut. Walaupun perkara ini nampak remeh,somehow sangat penting dan memberi rezeki kepada di kemudian hari.
Who knows
Wallahualam
Oh, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam yang menyambutnya :)
Sama samalah kita sedekahkan al-Fatihah kepada mangsa tragedi kren yang jatuh di Makah,dan mangsa rempuhan di Mina.
Thanks for reading
Comments
Post a Comment