TRIP to IPOH, PERAK
Assalamualaikum and haiii semua
Nak cerita trip ke Ipoh haritu sehari selepas raya haji 2018. Benda ni plan last minit je! Memula ingat nak pergi USS Singapore tapi sebab last minit sangat, so plan pergi ipoh jela huhuhu
1st day
Aku gerak dengan ina naik ETS je. Aku naik dari kepong sentral and Ina naik dari Rawang. Senang kan naik ets? tak payah drive and tak payah naik dari KL sentral pun takpeee, boleh je naik dari pit stop yang dekat dengan korang.
Kepong Sentral-Tapah Road (RM54/ pergi balik)
Sampai je Tapah Road, Tikah amik kitorang and terus pergi tempat pertama,
1. Gua Tempurung! (RM30/ extreme challenge)
posing dulu before cerita kakakaka
Memula ingat nak amik yang pakej dry tu, tapi sebab macam alang alang dah datang kan, so kitorang bantai pergi ambil extreme! Masuk pukul 12 keluar pukul 4 fuhhhh penat sangat tapi berbaloi! Korang kalau nak ambil pakej extreme ni standby sesiap head lamp tu and kalau nak bawak fon masuk (tapi most of the time gelap jee tak nampak pape), bawak handphone punya sarung waterproof tu. Then rasa mcm tak payah bawak bag kot sebab susahkan je nak pegang. Tapi kalau nak bawak air, bawak la bag waterproof yang jenis backpack tu sebab nnti macam haus gak lama2 dalam tu huuu
Overall, sumpah best! marble kat dalam cecantik hokeyy
2. Nasi Vanggey (RM 9++ complete set)
Next, dah lapar kot lepas keluar gua so kitorang nak cari makanan pukul 4 lebih tu haaa. Solat semua dah sesiap masa kat gua tempurung tadi lepas tukar baju. Kitorang tak tau nasi vanggey mana yang famous tu so main waze je kedai nasi vanggey satu tempat ni. then makan je sebab dah penat sangat tak fikir apa
3. Hokkaido Ice Cream (RM4.50/satu)
Okay gais, yang ini serius sedap k. Wajib Cuba!
4. Check in hotel - Le Metrotel, Ipoh
Hotel dia okay la just nice. Cantik tapi kecik hahahah yela sebab amik yang bajet je kan bukan hotel2 besar. Yang penting selesa dan boleh tidur. Ada la space sikit untuk solatt huhuhu tapi basic amenities dia semua ada and okay je. Parking dia ada disediakan tapi limited spaces and betul betul berdepan dengan kedai aiskrim hokkaido tu! hehe thumbs up!
5. Kinta Waterfront
Malam malam taktau nak buat apa, so saja nak jalan jalan kat sini. Tapi kecewa sikit sebab macam tempat ni tak happening masa malam kitorang datang tu. Kat situ pun ada tempat sewa basikal kalau ada yang nak naik basikal around tu.
6. Mee daud
Lepas pergi kinta waterfront tu, pergi makan pulak sebab laporr
Singgah mee daud ni. Sedap and ramai orang! ada juga macam roti titab tu and mee daud tu actually mee kicap. not bad! Tak ingat price dia huuuu
Malam tu balik hotel then midnight movieeee
2nd day
7. Restoran New Hollywood
Okay untuk breakfast, kitorang pergi Restoran New Hollywood yang viral ni. Makanan dia sedap la, okay je tapi sumpah ramai sangat orang. Dia macam satu restoran yang besar tapi ada banyak kedai2 kecil kat dalam haa cemtu konsep dia.
-Kuey Tiaw RM5.50
-Makanan macam yong tau foo tu tapi dia goreng Rm8
-Wantan mee RM4.50
-etc
insta worthaaayyy
8. Bits & Bobs ais kepal/ice ball
Yang ni as semua orang tau, ais kepal biasa je and tambah perisa....... Aku taktau asal dia femes maybe sebab susah nak dapat nowadays. Tapi kalau korang teringin nak makan ais kepal boleh la datang sini k. Sedap! tapi bila fikir dia ais dan perisa....Think again if you have diabetes huu
Tapi kedai ni best k and cantik! Ada jual mainan2 lama yang boleh mengimbau kenangan and kat sini memang port tangkap gambar. Every angle cantik! Sesuai untuk insta-insta famous di luar sana huhuhu
9. Laksa telur bersarang
Yang ni dekat je dengan Bits & Bobs, korang boleh jalan kaki je. Tapi for me, aku bukan penggemar laksa sangat and masa datang ni laksa ni macam masin sikit bagi aku so okay jela, makan je. Tapi coconut shake dia baekk!
10. Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh
Singgah sini jap untuk solat jamak Zohor dan Asar
Petang tu kitorang singgah rumah Humairak and Faiez, sambil tengok baby Nawra <3
Malam tu tiket ets pukul 8.10pm and sampai Kepong Sentral dalam pukul 10pm macam tu.
Ipoh was fun!!
Next time boleh repeat lagi heheheh
Thanks for reading!
Comments
Post a Comment