5 cara simpan duit dengan mudah
Zaman sekarang ni zaman duit, tak dapat dinafikan. Semua orang nak duit banyak, semua benda makin mahal tapi semua orang lagi ghairah nak berbelanja. Semakin banyak cafe-cafe hipster dibuka, banyak brand-brand mahal mula naik, semakin banyak shopping mall dibina di KL ni. Woah beratnya dugaan nak menyimpan
Contoh cafe hipster:
Tuah Cafe, Seksyen 7 Bangi (sumpah sedaaaap!)
Same goes to me, I'm not a good keeper tapi saja nak share idea nak menyimpan duit juga walaupun baru kerja setahun. TAPIIII ingat ye, lain orang lain cara. Lain orang lain cara dibesarkan. Aku nak menyimpan duit, tapi aku jenis nak beli apa-apa, guna duit sendiri. Handphone, laptop, lesen kereta semua kena kumpul duit sendiri dulu baru boleh dapat. Sebabtu baru dapat amik lesen sekarang T___T
Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan adalah :
1) TABUNG WARNA
Aku tau benda ni common, semua orang cerita pasal benda ni tapi berapa ramai yang buat? Since my salary is not that much sebab baru je nak start kerja and kerja badan berkanun ni untuk permulaan dapat jawatan pekerja sambilan harian(PSH) dulu ye. Takpa, bersabar dulu nanti kalau ada rezeki baru dapat kontrak. Aku start dengan biru (RM1) and hijau (RM5). Duit ni kalau ada lebih lepas dah belanja-belanja tu baru simpan eh. Aku start bulan jan 17 haritu sampai julai 17 dapat RM268.88
Haaa okay lah kan dari takde. Tapi yang penting, bila dah masuk dalam tabung tu (in my case, aku buat botol air 1.5l tu jadi tabung haha) kena lupakan duit tu ye. Jangan ingat pun yang kau ada simpan duit dalam tabung.
2) TABUNG HAJI/ASB
Dua-dua ni kira macam pelaburan la jugak kan especially ASB. Tabung haji pun kita kena buka akaun ye sebab sebagai seorang muslim, kita nak buat rukun islam Haji nanti so kena la ada akaun TH. Kalau dah cukup RM1,300 dalam akaun tak silap baru boleh daftar haji. Dengar cerita sekarang kalau nak buat haji harga dia dah naik, tapi since ada rebate kerajaan cemtu kot so harga dia still sama tak berubah untuk orang nak tunaikan haji dalam RM 9000++ almost 10k. Untuk ASB, I admit I read alot about ASB, siap beli online book ASB Genius tu lagi tapi belum tiba masa nak mula lagi. That is why, yang penting sekarang tindakan tu sebenarnya. Kalau nak baca jeee sampai bila bila tapi takde tindakan, benda tak jadi kan. InshaaAllah one day nak cuba
3) TRANSFER AKAUN LAIN
Yang ni bagi aku mungkin berkesan, kot. Okay, aku dapat gaji dari CIMB. Then aku transfer duit yang aku nak simpan ke BSN. Tapi aku ada lagi dua akaun bank, Bank Islam dengan maybank. Haih banyak pulak akaun tapi takde duit pun haha. Sebab each and one of account ni sume kena buka dulu sebab ada sebab. BSN memang first akaun dari sekolah lagi. Maybank sebab masa kerja kat Kenny Rogers, Bank Islam sebab masuk UKM and UKM suruh buka. CIMB sebab apa eh? sebab ramai guna kot haha so peer pressure nak juga akaun CIMB >_< Tapiiii apa yang tak berkesan bagi aku bila aku simpan duit saving dalam BSN, pastu nak simpan juga dalam akaun Maybank. So bila ada duit dalam BSN, aku rasa macam duit dalam Maybank tu duit belanja so habis aku belanja duit dalam tu macam air mengalir, tengok2 tinggal 50 T__T maybe tak boleh banyak-banyak akaun dalam satu masa. So aku cadangkan akaun saving set la satu akaun je kan ahhhh
4) DUIT KUTU
Apa benda duit kutu ni? kutu yang macam kat rambut tu ke? eh bukan.
Duit kutu ni maksudnya bila kita main simpan duit dalam satu kumpulan haaa. Boleh ajak adik beradik atau rakan sekerja untuk buat group duit kutu ni. Contohnya kita main sesama rakan sekerja dalam 10 orang, and seorang kena bayar RM100 untuk 10 bulan sebab 10 orang kan. Lantik la sorang ketua untuk uruskan duit kutu ni. Ketua tentukan turn siapa yang dapat duit kutu tu, takpun boleh cabut undi. Let say sebulan RM100, so dalam sebulan semua orang bayar RM100 and dapat lah RM1000 dari 10 orang dan bagi kepada penerima pertama. Dan seterusnya sampai lah bulan ke 10 untuk orang ke 10. Kalau nak dapat lagi banyak, boleh tetapkan seorang RM200 atau RM500 sebulan. Nanti boleh lah dapat banyak haaaa. Kira duit kutu ni macam komitmen la juga kan and tanpa sedar eh tiba tiba turn kita la dapat duit bulan ni hehehe tak ke seronok? Sesuai untuk simpan duit nak travel ke duit insuran/roadtax kereta ke takpun bila dapat masuk dalam ASB/ Tabung Haji terus, jangan usik dah k
5) SAMPUL WARNA
Yang ni recommended untuk sesiapa nak simpan duit travel ke duit deposit kereta ke takpun duit kahwin >_< it works for me! Kepuasannya bila kita tengok duit dalam sampul makin lama makin banyak hahaha. For me, aku simpan duit dalam sampul untuk pergi travel ke KRABI tahun depan. So dari tahun ni dah menyimpan RM50 slow slow dalam sampul setiap bulan so nanti bila time nak travel tengok duit dah ada haaa takdelah tetiba kena keluarkan duit segedebuk cemtu kan. Tapi yang paling penting! bila dah masuk sampul, kena lupakan sampul tu tapi jangan lah simpan kat mana pun tak ingat haha. Lepas aku masuk duit dalam sampul, aku biarkan je and lupakan. Tapi dalam mindset kita dah fikir "aku takde simpan duit dalam sampul" "duit ni bukan untuk belanja" so baru la disiplin kot hihi
So cemana? mudahkan?
Sebenarnya baaaaaanyak lagi cara yang boleh dipraktikkan untuk meyimpan ni. Ikut kalendar, ikut hari, ikut percentage%, ikut macam macam lagii. Tapi make sure cara tu praktikal lah bagi korang, ikut kesesuaian.
Cuba dulu 5 cara ni tengok berkesan ke tak. Cuba macam macam cara baru la seronok kan. Takdelah nanti taktau nak simpan duit kat mana pastu terpakai T___T Selamat menabung! Jom share korang simpan duit macam mana pulak..
Thanks for reading!
Comments
Post a Comment