COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI, PAHANG

Assalamualaikum and Haiiii

WARNING: this is a very very very lama punya draft yang dah jadi pekasam. So here I write it back >_<


Mesti ramai orang yang dah pergi Bukit Tinggi ni kan? Kite je baru nak sampai. But still, I wanna share my itinerary kat sini walaupun dekat je bukan jalan jauh jauh huhuhuu



We went there together. Aini, Ida, Ika, Wahid (Wahidah pls) and Lina. The main point sebenarnya nak acah acah buat bacholerette partayyy tapi bakal pengantin tu malu sangat, bagi crown dengan selempang pun segan nak pakai. So alang alang sambut bacholerette party, kita jejalan sekali lah

I present you the bride,


wuhoooooo *drum rolls*




Siti Zulaikha binti Jaafar


Gigih ngko siap beli selempang & crown




Okay walaupun pergi dua hari satu malam je, tapi perancangan haruslah besar besaran. Sebelum pergi dah plan bajet, tentatif dengan makanan semua. The amount of budget that we provide was 300 MYR (tapi pakai 210 cemtu je, later I'll tell you where the money goes). Makanan pun kitorg buat list, sape nak bawak roti ke nak tuna ke apa incase lapar tetiba kan. Sebab makanan atas ni mahal. Semua restoran acah acah harga restoran hipster tapi sebab konsep dia mcm french cemtu, so restoran dia nama semua nak french jela (tak ingat dah) nasib baik sedapp (pun later I'll tell you where we ate)

Okay so pagi Sabtu tu semua orang dah bersiap. Aini and Ida gerak dari Putrajaya, pergi KL Sentral pick up Ika, Wahid and Lina. Then balik Selayang rumah Aini sebab nak tukar kereta. I went Selayang lah terus jumpa dorang kat sana. Then itu ini itu ini semua dalam 9 lebih kitorang gerak ke Bukit Tinggi (tak ingat dahhh pukul berapa to be exact). 



But I remembered sampai sana awal, dalam 11 lebih cemtu tapi hotel tak boleh check in lagi. Hotel boleh check in pukul 3 so kitorg pun tak tunggu terus jalan jalan around Colmar Tropicale (memang dalam tentatif nak jalan dulu before check in bilik)






Nasi goreng ida masak wuhooo


Firstly bila sampai area Bukit Tinggi tu akan ada kaunter, macam tol cemtu la, untuk bayar tiket masuk. Ye ada tiket masuk ye, MYR 15/person. Tapi kalau just nak masuk pagi pastu petang balik duit tiket tak dapat balik UNLESS kalau you already book their hotel room, so nanti dia akan potong duit bilik sikit ganti duit tiket tadi haaaa cenggitu permainan dia. Since kitorg tidur malam kat situ,so bilik hotel tu dapat lah kurang sikit ihiksihiks

Dah dalam pukul 12 cemtu kitorg pun start berjalan, bergambar, acah acah dengan angsa (ada swan kat situ cantikkkkk, white and black in colour). Lets picture tell the story















LAWA T___T

After dah puas jalan jalan around here, kitorg pun naik kereta balik then bergerak ke Mini Zoo!


HAIII


Bayaran masuk adalah 5 MYR/person. Masa nak masuk nanti dia akan cop tangan kita dengan cop rabbit so cuteee



Kat sini tak banyak haiwan pun. Ada rabbits, deer, kancil, rabbits again (dia ternak ke apa), keldai, burung merak. Kitorg mcm dah naik fobia bila ada rusa ke apa tu, memang jinak. Jinak sangat sampai dia bebas kemana mana siap nak sapa sapa kitorang kahkah









Lepas dah puas berjalan kat sini, kitorg pun dapat call dari receptionist kata bilik dah boleh masuk. Masa tu dalam pukul 2 lebih. So kitorg pun balik Colmar balik, keluarkan bag semua and check in! Bilik dia SOOOOOO NICEEEEEEE. We took the family room, so its bigger than usual room lah. Ada 2 bilik, and cantik sangat. 


Nah see the prove





And the most important is, the view from our balcony is so beautiful and cute hahahaha macam mainan pun ada







Harga bilik ni lepas dan tolak duit tiket masuk semua dalam 448 MYR macamtu. Kalau tak harga asal 507 MYR cemtu kot hahahaha forgot alrdy

Dah duduk dalam bilik kitorang pun rehat rehat, chilling je dalam bilik masing masing penat kan. Si wahid pun malam tadi semalaman tidur dalam bas dari Johor. But we ate lunch first baru rehat rehat semua. Lunch kitorg dah tapau McD siap siap masa berhenti dekat RnR Genting Sepah. Nak save duit makan kat atas ni kan hakhaks

Bermalasan dalam bilik sampai lah waktu maghrib. Dah solat mandi semua, makeup makeup sikit and went out to look for dinner!

Tak banyak pilihan dinner pun dalam ni, ada buffet tapi mahal sangat around 98 ke? tak ingat dah huuu. Lastly we decided to eat at this one retaurant. Konsep dia western ofcourse, macam kenny rogers pun ada. You can choose 1 whole chicken or quarter or half, then they came with side dish and muffins. Kitorang pun pilih satu set 1 whole chicken dengan 1 set half chicken. Yela ada 6 orang kan so sorang dapat satu bahagian. Total ada 6 bahagian. Side dish we chose mac&cheese, mash potato, rice pun ada and so on. Air mango 4 , nenas 1 dengan air apa ek satu lagi kitorg order. Satu air tu 6 MYR. Total kitorg makan semua dalam 167.40 MYR. Fiuhhhh



Then at 10pm ada street performance! This one pun niceee gila semua dancing yang best siap ada pertunjukkan api semua.








Kitorg pun sempat join buat performance kat atas stage hakshaks sila la percaya kalau nak







Dia dah siap tampal kat dinding ni jadual performance tu, so boleh get ready siap siap amik tempat ke bawah khemah untuk tengok performance cool tu!


After tengok performance kitorg pun jalan sampai hujung, ada tower kat situ. Naik tower sampai level atas sekali then boleh nampak seluruh colmar ni (maybe tak seluruh sangat) nampak la sepanjang street tu and full with lamps and it was nice <3 I love lights and night view teehee





Lepastu berjalan ulang alik ulang alik (sebab tempat pun kecik je) pose pose semua



Ikut plan sebenarnya nak buat Sam yang Challenge bila midnight sambil main saidina hahahah semangat dah bawak saidina masuk bilik haa tapi semua kepenatan lalu ketiduran saja lah





*HARI KEDUA*

Bangun solat mandi semua blabla, nak pergi breakfast buffet tapi kad bekpes hado 4 je so lagi 2 orang macam mana? LAgi 2 orang haruslah bayar sendiri ye, sorang MYR 45 huhuhuhuhu so total RM90 bahagi 6, kira sorang bayar MYR 15 la untuk bekpes hahahahah ni percutian bajet hokey jangan judge kakaka tapi okay la nasi lemak dia sedap! ada banyak la jugak choices of breakfast, ada sup sup, mee goreng, pastries, jus jus, coco crunch and milk tu, roti bakar, sosej, chicken, bubur, red beans and banyak lah! ada satu choice tu dia salad, and banyak jenis cheese. I took all kind of cheese, tapi sikit sikit for the sake of taste je hihihuhuh most of them salty








Last place for this visit to Bukit Tinggi issssssss



Japanese Village!

Japanese village ni bukan dekat area area colmar tu, dia jauh sikit. So untuk pergi sini, boleh naik bus shuttle yang pihak Berjaya dah sediakan, nak naik kereta pun boleh. Drive la sendiri kesana. Tak jauh pun, still area atas ni jugak. 

Tapiiii bila park je kereta, kena naik tangga dulu



then menapak sikit 



baru sampai atass



Tapi view sepanjang menapak sangat berbaloi. Cantik gila view bukit bukit <3 




Before sampai tempat kimono, ada air tejun lawaaa





Kata atas ni boleh sewa kimono. MR20/pasang. Pastu berangan lah ngko umpama berada di tanah jepun. Kitorg berlima je yg sewa, Lina tak sewa. Dia jadi tukang tangkp gmbr je hihi. Sini pun ada air terjun, rumah ala ala Jepun untuk bergambar. 




hihihihhihihuhuhuhuhiihi

Okay semua marilah pulang kepangkuan jalan, masing masing dah penat posing


Sempat masuk kejap taman botani dia. Fuhh sangat atas bukit ada taman botani ngko



Japanese Village wraped up our journey here in Bukit Tinggi, Pahang 

Tempat overall best, lawa! I give 4/5 la for view. Kalau untuk entertainment erm 3/5 kot sebab tak banyak pilihan. Ada arcade, 6d movies sume tapi mahal and kitorg pun dah besar kan (besar la sangat) so tak minat main benda benda tu dah. Overall best! Perjalanan pun tak lama and tak sempat rasa pening dah sampai hehe


Recommended place to go! 



Time nak naik tangga pegi Japanase Village tu ada tangan ni kat sebelah 





Thanks for reading!

 

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW - DAVID JONES Women handbag from LAZADA MALAYSIA

FISKE STEAKHOUSE, AU2 KERAMAT

Nak kahwin?